BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 28, 2009

Still under construction!

alhamdulillah pujian kepada ilahi kerana kita masih dapat mengecapi hidup di dunia ini.
sememangnya hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran dalam hidup. namun kita haruslah sentiasa ingat bahawa Allah tak pernah mensia-siakan hambanya.
bercakap tentang hidup kita, ingin ana ceritakan apa yang ana telah lalui sepanjang minggu ini.
hidup ana sering disibukkan dengan apa-apa jua tugasan. terbaru ialah hari guru pada 29 april ni. memandangkan kelas ana merupakan antara kelas yang ditugaskan membantu mpp untuk menyiapkan dewan untuk majlis tersebut, minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk pernah ana rasa. kata-kata "sesunguhnya masa itu seperti pedang, jika kita tdak memotongnya, ia akan memotong kita" boleh dgunakan untuk menggambarkan apa yang ana lalui. ana menjadi agak 'emo' apabila berdepan dengan classmate ana sendiri. ana berasa bersalah kerana bersikap camtu ngan kawan ana.
pape pun, kita memang tak boleh menolak amanah yang kita pegang kerana kita telah dlantik oleh Allah sebagai khalifah di bumi. oleh itu, ana selalu berpegang dengan ayat 5-8 surah Al-Insyiraah:
"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"
ps: kadang-kadang lupa gak, tp nasb baik ada kawan yang tolong ingatkan.

Sunday, April 26, 2009

Under Construction!!!

Alhamdulillah: segala pujian hanya pada Allah. Syukur pada Allah kerana kita masih dapat melihat dunia ini yang kita tak tahu samada esok kita dapat melihatnya lagi atau tidak. Sesungguhnya nikmat Allah itu amat luas hingga tak tertulis walau ada dakwat sebanyak tujuh lautan pun. Sekali lagi syukur pada Allah kerana dapat juga ana menyiapkan blog ini (walaupun terpaksa menggunakan laptop kwn). Blog ini bukan hanya sebagai wadah peringatan tantang kebesaranNya, ini juga medan ana dan antum meluahkan isi hati yang mana tak terluah sewaktu kita bersama. Apapun, marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Sebagai permulaan kata dan perasmian bicara, hayatilah ayat 28 surah al-RA'D : ... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.