BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

Luahan Hati Seorang Naqib ( detik-detik sebelum memegang tanggungjawab)

tinggal kira-kira 6 jam lagi sebelum aku menjadi seorang naqib secara rasmi. memang tak pernah aku rasa berat seperti yang aku alami sekarang. entah apa yang akan jadi nanti. aku pun tak tahu.

memang menjadi seorang naqib satu amanah yang berat. aku dah lama tahu. tapi aku tak pernah tahu apa jalan yang akan aku tempuh - adakah dipenuhi ranjau, ditenggelami air atau jalan yang bengkok yang disangka lurus (hasil ilusi optik)- adakah aku akan berjaya, atau adakah aku akan gagal dalam hidup ini? aku takkan tahu.
aku cuma tahu bahawa:
1. janji Allah itu benar
2. kitab Allah itu benar
3. rasul Allah itu benar
4. syurga Allah itu benar
5. neraka Allah itu benar
6. akhirat itu benar

aku tahu aku sedang menjalankan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. aku juga tahu aku sedang cuba menjamin satu tempat untuk aku di syurga.
namun, aku tak tahu adakah aku akan mendapat apa yang aku hajati atau tidak.

ya Allah, Kau teguhkanlah hati aku, kerana aku tidak kuat tanpaMu.
ya Allah, Kau tetapkanlah aku di jalan ini, kerana aku tidak boleh melihat tanpa cahaya hidayahMu.
ya Allah, Kau ampunilah diri ini, kerana aku tidak layak ke syurga tanpa redhaMu.
ya Allah, peliharakanlah aku dari fitnah, selamatkanlah aku, ibu bapa aku, adik-adik aku, keluarga aku, sahabat-sahabat aku, ikhwan-ikhwan aku, guru-guru aku, dan orang-orang islam: muslimin muslimat, mukminin mukminat, mujahidin di Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi tempat yang aku tak ingat namanya, para-para da'i, ulul albab, ulama' dan ramai lagi, selamatkan kami dari azab api neraka dan kurniakanlah kami redhaMu dan syurgaMu.
Amin.

Wednesday, July 8, 2009

Intermediate~1

salam.
aku demam.
baru je sembuh
ari ni x leh puasa
hu hu....
.....................................

apa pun
andai ana x sakit
ana xkan tau betapa besarnya nikmat sihat
ana xkan tau betapa besarnya nikmat telinga dan tekak. (sbb ana kena infection kat situ)
.....................................

kesakitan mengajar kita
kesabaran
erti kesihatan
dan yang paling penting,
masih ramai yg sayangkn kita

bersyukurlah
jika anta masih diberi nikmat kesihatan
kerana kita semua tidak tahu
bila nikmat itu akan ditarik balik


ps: xtau la ni klaka atau memalukan, tp ana mmg takut jarum. bila doktor suruh bukak seluar je, ana terus menggigil. btw, terima kasih Puan Salma sbb hantar saya ke klinik. and thanks also to everyone who give support to me when i'm sick.

Sunday, July 5, 2009

KN, here i come!!!

aku baru je blk dr Kuala Nerang (KN)
penat giler

tp banyak gak ilmu yg aku dpt

jadi...
utk beberapa blog akan dtg

aku akan bagitau
sume experience aku
kat Terengganu
kat Jeram Besu (PiBi)
kat KN (Jambori PRS)

lupa pulak
ingatkn aku
sbb aku blum tulis psl KBAZ lagi

Aku kenal kamu, Aku cinta Dia

baru je balik dr Kuala Nerang (KN)
penat giler!!!

aku baru je layan blog sahabat aku.
...
kenapa cinta???
xde topik lain ke???

tp aku sedar
remaja mmg camni

tp
adakah patut kita kejar cinta selain cinta Allah?
kenapa nak kejar cinta makhluk
klu kita bole kejar cinta Khaliq?

kenapa nak gelapkn diri dgn fitnah?
kenapa nak sebarkn sesuatu yg kita pun x tau
betul atau cuma khabar angin?
kenapa nak 'assume' sume yg kat dpn kita?
cukuplah dgn kenapa...

kembalilah...
kembalilah pd jln yg lurus
cintailah Allah
kerna hanya cinta Allah cinta hakiki
cukuplah dgn cinta nafsu

aku kenal siapa aku, siapa kamu
kini aku mengajak
kenal Allah
dan cintalah Allah

bye...
nak tido!!!!