BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

Ideal tapi tak mustahil

Apabila berbicara tentang usrah,
pasti ada orang yang memperkaitkannya dengan Ustaziatul Alam.
sesuatu yang agak ideal untuk dicapai memandangkan keadaan umat islam masa kini.
adakah mampu kita menewaskan 'World Order' masa kini, Amerika dan Israel?
dengan bilangan umat islam yang menjalankan dakwah masa kini,
adakah kita mampu mencapainya?

namun, kita harus ingat bahawa Allah tak akan mengubah
sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah dirinya sendiri.
betapa ramai golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai.
dakwah rasulullah yang menekankan akidah dalam diri telah berjaya
meletakkan islam sebagai Ustaziatul Alam beberapa kurun dan abad selepas itu.

rahsianya hanyalah satu: usrah!

pada zaman tersebut, masih belum ada perkataan usrah.
namun, pendekatan yang diambil rasulullah sama
dengan pendekatan yang ada dalam usrah hari ini.

"history is repeated again and again"
sekiranya kita ingin mencapai World Order yang kita harapkan,
mungkin syllogism ini dapat merumuskannya:

premise 1: dari usrah rasulullah, tercapai ustaziatul alam
premise 2: kita mengikuti usrah
conclusion: kita bakal mencapai ustaziatul alam

memang ideal, tapi tak mustahil

ps: geogebra worlds!!!
IA math, InsyaAllah

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan; madrasah

mungkin post ni sudah outdated,
tp apa salahnya memberi peringatan pada orang lain

kini kita di bulan ramadhan, bulan yg awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan, dan akhirnya pelepasan dari api neraka. namun, apakah amal kita selari dengan apa yang kita harapkan dari bulan ini?

berapa ramai dari kita yg amalnya semakin bertambah, berapa ramai yg amalnya x berubah dan berapa ramai pula yg amalnya tiba2 berkurang? ini adalah soalan yang hanya boleh dijawab oleh diri anda sendiri.

peluang menambah amal dlm bulan ramadhan banyak, sgt banyak...
solat tarawikh
qiamullail
tilawah al-quran
zikir
puasa
adalah antara amal ibadah yg besar fadhilatnya. lebih2 lagi dalam bulan barakah ini.

dalam al-quran, Allah memerintahkn org beriman untuk berpuasa, supaya mereka bertakwa.
kenapa org beriman? kerana hanya org beriman dpt melaksanakn puasa. puasa memerlukan kesediaan mental, spirutual dan yg paling penting, NIAT.


oleh itu, muhasabahlah diri kita, adakah apa yg kita laksanakn, puasa dan ibadah kita kerana Allah atau hanya kerana suruhan?
perbanyakkanlah istighfar, selawat dan mohon ampun pada Rabb and Ilah kita
kerana inilah bulan yg ditunggu2
oleh org yg mengetahui
betapa besarnya nikmat Allah

ps: mencari pibionettes utk blog PiBi kita. contact Syarah Afiqah for more information