BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 6, 2009

Dunia ini.. Apabila kiamat sudah dekat

(sudah lama blog ni berhabuk kerana x diupdate...
maaf wahai blog tersayang...
agaknya aku masih belum menjumpai diri...)

...
"Mischief has appeared on land and sea because of (the meed) that the hands of men have earned that (Allah) may give them a taste of some of their deeds: in order that they may turn back (from Evil)." [ar-ruum : 41]

adakah kita benar2 mengambil pengajaran dari ayat ini?
apabila islam dihina, al-quran dizalimi, dakwah ditolak,
adakah Allah akan membiarkan sistem ciptaanNya dipermain-mainkan oleh hambaNya yang ingkar?

tsunami di Sumatera
gempa di Padang
adakah kita mengambil pengajaran dari ayat2 Allah?

fikirkanlah...
adakah kita masih mahu menunggu
matahari terbit dari barat?
datangnya al-masih dajjal?
keluar yakjuj makjuj?
atau hari yang menggemparkan semua makhluk?

sudah banyak tanda2 kiamat yg dekat
sudah banyak kerosakan di dunia
sudah sampai masa untuk bertindak
adakah kamu masih belum mahu mengambil pengajaran?

kembalilah ke jalan yang lurus. jgn dilalaikan oleh fatamorgana. ikutlah dua pusaka rasul. nescaya kamu xkan tersesat

Thursday, November 5, 2009

JANGANLAH BERSEDIH

La Tahzan
( dengan apologi kepada DR. 'Aidh al-Qarni)

jika kau bersedih
kerana dihina
bangkitlah, bangun semula
kerna pandangan orang bermakna tidak
jika kau bandingkan dengan pandangan Allah

jika kau bersedih
kehilangan sesuatu
bergembiralah
kerna kau masih ada iman
masih ada islam
masih ada nyawa

jika kau bersedih
fikirkanlah
apa guna bersedih untuk masa lalu
sedang masa kini
tersedia untukmu

jika kau sedih
berseorangan, tiada teman
jangan engkau sedih
kerna ikhwanmu menantimu
di syurga hakiki

jika kau bersedih
jika hatimu berasa kecil
kerna dakwahmu tak nampak hasil
teruskan berjalan
di atas jalan yang kamu berdiri di atasnya
kamu akan melihat hasilnya
hasil perniagaanmu dengan Dia
satu hari nanti

jika kau masih bersedih
alirkan air mata keinsafan
mohonlah, berdoalah
Allah akan mengkabulkan doamu
selagi kamu menghambakan diri padanya

jika kau tidak dapat menahan hatimu
dari merasa sedih
ingatlah

ALLAH bersama orang-orang yang sabar
ALLAH bersama orang-orang beriman
ALLAH bersama kita


...
ps: sajak ini utk kwn2 yg sedang dilanda emo mendalam, kekoyakan kerabakan dan utk diri sendiri. jika terbaca blog ini, ingatlah Allah bersama kalian selagi kalian bersamanya

Sunday, October 18, 2009

INSOMNIA VS ANOREXIA

aku selalu gak layan blog orang. nak bandingkan blog aku ngan blog org lain, banyak gak beza die. tapi, apa yang aku pasti,

aku xde gambar!!!

mmg pelik sbb aku ni x suka bergambar, mungkin sbb aku ni x comel kot.
sbb tu aku x layan facebook cam kawan2 aku yg lain.
ke sbb aku fobia dgn kamera ( photofobia ) kot?

tapi, yang aku pasti, bila aku nak upload gamba je, mesti camni

your image does not load due to internal problem

camtu la secara maknawinya

hakikatnya,
aku masih belajar, utk mengenal diri ini dan pencipta.
dan seandainya dapat mengenali diri,
aku akan terus belajar mengenal org lain sehingga roh diangkat bertemu tuhan.

sekali lagi, tajuk di atas xde kaitan langsung dengan apa yg aku cakap

Wednesday, October 14, 2009

Insan

sebenarnya tajuk post ni xde kaitan pun dengan apa yg saya nak bagitau. tu cuma tajuk nasyid yg aku baru dengar tadi.
.........

"kebatilan yg terancang akan mangalahkn kebenaran yg x terancang"

umat islam zaman sekarang adalah yang kedua terbesar selepas kristian dari segi populasi, tapi yg paling ditindas dan dihina. di mana janji Allah yg mengatakn bahawa kemenangan itu dekat?

penyakit umat islam sekarg banyak, antara yg
boleh dilistkn adalah:
1. hedonisme
2. lupa tuhan
3. selalu bertelingkah
4. x ada kebanggaan sebagai org islam
5. dakwah x dijalankn

post ini utk mengajak semua yg membaca/terbaca/dibacakn utk bertindak.
adakah kita tidak mahu islam menang?

jika kita telah ditarbiyahkn dengan Syahadatul Haq, kenapa masih belum bermula?
maaf, saya emo
..................

a: kalau aku nak pilih barisan pemimpin, aku akan pilih yg berbeza pendapat, nanti diorg bole bincang2, baru betul
aku: apa pendapat korg?
tahniah diucapkn
kpd bekas naqib ana, Ammar Roslizar krn berjaya ke SOTON.
sori xleh hantar pergi ari tu.

dan sebagai penutup,
klik laman web di bawah

http://www.youtube.com/watch?v=w8LLaaIMEDY

jika anda tidak dapat melayari video ini, sila copy dan paste url ini

Thursday, October 1, 2009

maaf, saya sibuk. saya mungkin tidak akan meng'update' blog ini buat sementara waktu

Monday, September 7, 2009

Ideal tapi tak mustahil

Apabila berbicara tentang usrah,
pasti ada orang yang memperkaitkannya dengan Ustaziatul Alam.
sesuatu yang agak ideal untuk dicapai memandangkan keadaan umat islam masa kini.
adakah mampu kita menewaskan 'World Order' masa kini, Amerika dan Israel?
dengan bilangan umat islam yang menjalankan dakwah masa kini,
adakah kita mampu mencapainya?

namun, kita harus ingat bahawa Allah tak akan mengubah
sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah dirinya sendiri.
betapa ramai golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai.
dakwah rasulullah yang menekankan akidah dalam diri telah berjaya
meletakkan islam sebagai Ustaziatul Alam beberapa kurun dan abad selepas itu.

rahsianya hanyalah satu: usrah!

pada zaman tersebut, masih belum ada perkataan usrah.
namun, pendekatan yang diambil rasulullah sama
dengan pendekatan yang ada dalam usrah hari ini.

"history is repeated again and again"
sekiranya kita ingin mencapai World Order yang kita harapkan,
mungkin syllogism ini dapat merumuskannya:

premise 1: dari usrah rasulullah, tercapai ustaziatul alam
premise 2: kita mengikuti usrah
conclusion: kita bakal mencapai ustaziatul alam

memang ideal, tapi tak mustahil

ps: geogebra worlds!!!
IA math, InsyaAllah

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan; madrasah

mungkin post ni sudah outdated,
tp apa salahnya memberi peringatan pada orang lain

kini kita di bulan ramadhan, bulan yg awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan, dan akhirnya pelepasan dari api neraka. namun, apakah amal kita selari dengan apa yang kita harapkan dari bulan ini?

berapa ramai dari kita yg amalnya semakin bertambah, berapa ramai yg amalnya x berubah dan berapa ramai pula yg amalnya tiba2 berkurang? ini adalah soalan yang hanya boleh dijawab oleh diri anda sendiri.

peluang menambah amal dlm bulan ramadhan banyak, sgt banyak...
solat tarawikh
qiamullail
tilawah al-quran
zikir
puasa
adalah antara amal ibadah yg besar fadhilatnya. lebih2 lagi dalam bulan barakah ini.

dalam al-quran, Allah memerintahkn org beriman untuk berpuasa, supaya mereka bertakwa.
kenapa org beriman? kerana hanya org beriman dpt melaksanakn puasa. puasa memerlukan kesediaan mental, spirutual dan yg paling penting, NIAT.


oleh itu, muhasabahlah diri kita, adakah apa yg kita laksanakn, puasa dan ibadah kita kerana Allah atau hanya kerana suruhan?
perbanyakkanlah istighfar, selawat dan mohon ampun pada Rabb and Ilah kita
kerana inilah bulan yg ditunggu2
oleh org yg mengetahui
betapa besarnya nikmat Allah

ps: mencari pibionettes utk blog PiBi kita. contact Syarah Afiqah for more information

Wednesday, August 12, 2009

Manisnya ukhuwah bagaikan madu di padang pasir

ukhuwah adalah satu anugerah, ia tidak boleh dimiliki kecuali untuk orang yang ikhlas dalam perjuangannya.

ada pelbagai peringkat dalam berkawan:
1. rakan
2. teman
3. ikhwan
4. sahabat

ada kawan yang hanya di dunia, ada kawan hanya di akhirat, ada kawan di dunia dan akhirat.
manisnya ukhuwah bagaikan madu, yang terletak di padang pasir yang kering,tandus: manisnya tak hilang walaupun tiada pemanis lain di sekitarnya. begitu juga kita, bagaikan buah kelapa, ke pulau manapun tetap akan tumbuh meninggi.
sebagai mana nikmatnya ukhuwah antara kita, sebanyak itulah pentingnya usrah dalam hidup kita.
usrah tak bermakna hanya hari rabu malam selepas maghrib, usrah yang berjaya adalah usrah yang berterusan dan tak akan berhenti selama ilmu yang diberi dimanfaatkan.
"takkan beriman salah seorang dari kamu sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

Monday, August 10, 2009

Lihatlah alam: seperti mereka melihatnya

seandainya aku berpeluang bertemu Ibnu Sina, pasti aku akan berterima kasih padanya,
kerana dia adalah sebab aku ingin sangat nak jadi doktor.
seandainya aku dapat bertemu dengan Harun Yahya, perkara pertama yang ingin aku lakukan adalah berguru dengannya.
mereka adalah antara ramai tokoh islam yang menjadi idola aku: ilmu dan agama dalam satu jiwa, seperti lautan yang tak pernah kering airnya. ilmu yang disampaikan bagai pohon yang berbuah yang akan terus membiak selagi masih ada tanah dan udara.
Mereka adalah ulul-Albab.
mereka mencari ilmu untuk membuktikan kebesaran Allah,
mendekatkan diri dan menambahkan iman dalam dirinya.

lihatlah bumi,
bagaimana Allah menghamparkannya
supaya manusia mengembara
melihat bukti kekuasaan Allah
pada kaum yang terdahulu

lihatlah langit,
bagaimana Allah mendirikannya tanpa tiang
tidak akan roboh
menimpa manusia
sehingga kiamat

lihatlah pada gunung, awan, hujan
lihatlah bagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati
bagaimana Allah menghiasnya dengan haiwan dan tumbuhan
dan Allah melantik kita sebagai khalifah

bacalah al-Quran
dan lihatlah alam

dan jika anda bercita-cita untuk ke syurga,
ikutlah jejak langkah ulama
kerana ulama pewaris para nabi

Tuesday, July 28, 2009

Luahan Hati Seorang Naqib ( detik-detik sebelum memegang tanggungjawab)

tinggal kira-kira 6 jam lagi sebelum aku menjadi seorang naqib secara rasmi. memang tak pernah aku rasa berat seperti yang aku alami sekarang. entah apa yang akan jadi nanti. aku pun tak tahu.

memang menjadi seorang naqib satu amanah yang berat. aku dah lama tahu. tapi aku tak pernah tahu apa jalan yang akan aku tempuh - adakah dipenuhi ranjau, ditenggelami air atau jalan yang bengkok yang disangka lurus (hasil ilusi optik)- adakah aku akan berjaya, atau adakah aku akan gagal dalam hidup ini? aku takkan tahu.
aku cuma tahu bahawa:
1. janji Allah itu benar
2. kitab Allah itu benar
3. rasul Allah itu benar
4. syurga Allah itu benar
5. neraka Allah itu benar
6. akhirat itu benar

aku tahu aku sedang menjalankan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. aku juga tahu aku sedang cuba menjamin satu tempat untuk aku di syurga.
namun, aku tak tahu adakah aku akan mendapat apa yang aku hajati atau tidak.

ya Allah, Kau teguhkanlah hati aku, kerana aku tidak kuat tanpaMu.
ya Allah, Kau tetapkanlah aku di jalan ini, kerana aku tidak boleh melihat tanpa cahaya hidayahMu.
ya Allah, Kau ampunilah diri ini, kerana aku tidak layak ke syurga tanpa redhaMu.
ya Allah, peliharakanlah aku dari fitnah, selamatkanlah aku, ibu bapa aku, adik-adik aku, keluarga aku, sahabat-sahabat aku, ikhwan-ikhwan aku, guru-guru aku, dan orang-orang islam: muslimin muslimat, mukminin mukminat, mujahidin di Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi tempat yang aku tak ingat namanya, para-para da'i, ulul albab, ulama' dan ramai lagi, selamatkan kami dari azab api neraka dan kurniakanlah kami redhaMu dan syurgaMu.
Amin.

Wednesday, July 8, 2009

Intermediate~1

salam.
aku demam.
baru je sembuh
ari ni x leh puasa
hu hu....
.....................................

apa pun
andai ana x sakit
ana xkan tau betapa besarnya nikmat sihat
ana xkan tau betapa besarnya nikmat telinga dan tekak. (sbb ana kena infection kat situ)
.....................................

kesakitan mengajar kita
kesabaran
erti kesihatan
dan yang paling penting,
masih ramai yg sayangkn kita

bersyukurlah
jika anta masih diberi nikmat kesihatan
kerana kita semua tidak tahu
bila nikmat itu akan ditarik balik


ps: xtau la ni klaka atau memalukan, tp ana mmg takut jarum. bila doktor suruh bukak seluar je, ana terus menggigil. btw, terima kasih Puan Salma sbb hantar saya ke klinik. and thanks also to everyone who give support to me when i'm sick.

Sunday, July 5, 2009

KN, here i come!!!

aku baru je blk dr Kuala Nerang (KN)
penat giler

tp banyak gak ilmu yg aku dpt

jadi...
utk beberapa blog akan dtg

aku akan bagitau
sume experience aku
kat Terengganu
kat Jeram Besu (PiBi)
kat KN (Jambori PRS)

lupa pulak
ingatkn aku
sbb aku blum tulis psl KBAZ lagi

Aku kenal kamu, Aku cinta Dia

baru je balik dr Kuala Nerang (KN)
penat giler!!!

aku baru je layan blog sahabat aku.
...
kenapa cinta???
xde topik lain ke???

tp aku sedar
remaja mmg camni

tp
adakah patut kita kejar cinta selain cinta Allah?
kenapa nak kejar cinta makhluk
klu kita bole kejar cinta Khaliq?

kenapa nak gelapkn diri dgn fitnah?
kenapa nak sebarkn sesuatu yg kita pun x tau
betul atau cuma khabar angin?
kenapa nak 'assume' sume yg kat dpn kita?
cukuplah dgn kenapa...

kembalilah...
kembalilah pd jln yg lurus
cintailah Allah
kerna hanya cinta Allah cinta hakiki
cukuplah dgn cinta nafsu

aku kenal siapa aku, siapa kamu
kini aku mengajak
kenal Allah
dan cintalah Allah

bye...
nak tido!!!!

Tuesday, June 30, 2009

Aku Dan Michael Jackson

salam.
Aku.
tanggal hari ini cukuplah sebulan
sebulan yg plg sibuk pernah aku rasa
mula2 dgn pushing boundaries,
pastu dengan MPI,
pastu orientasi bdk baru,
skarg wollit ngan personal statement (ps)

aku baru je abis ps
teringat pulak psl sebulan ni
aku bersyukur
sbb aku masih dlm rahmat Allah
x tinggal solat,
amal makin bertambah,
hati pun makin senang

SAPE KATA TIME BUSY PAYAH NAK BUAT IBADAT!!!


Michael Jackson.
penyanyi pop terkenal
baru je meninggal
umur 50 tahun
ada 3 org anak

kadang2 bila org mati
kita ucap takziah
kita tengok org menangis
org bagi bunga
tp jarang
ada org yg ucapkn
INNA LILLAH
WA INNA ILAIHI RAJI'UN
inikah penyakit skarg?
cinta dunia
tp takut mati?

ps: terkejut sbb ada org mintak sedeqah fatihah utk MJ. die islam ke?

Tuesday, June 23, 2009

Orientation, market opportunity

Assalamualaikum.
jom blaja BMS jap.
market opportunity= peluang yg ada dlm pasaran especially bila ada tempat kosong dlm pasaran yg bole menarik minat pelanggan.
(tafsiran sendiri)

apa pun,
tahniah kpd yr2 krn berjaya menjadi senior secara rasmi (he he)
so,
apa opportunity yg bole kita jumpe dlm yr1?

bakal pendakwah,
naqib,
imam di masjid dan di luar,
muazzin,
syabab,
fatayat,
generasi muda terpilih.

jadi,
apa patut kita buat sekarang?
nak tunggu?
bkn ke korg kata nak berjihad utk islam?
bkn ke skarg masa yg sesuai?
ingatlah,
peluang x pernah dtg 2 kali

sekrglah masa utk bertindak.
BERKAT
TM
GNCC
ISAC
HOPE
semua naqib naqibah
aku seru korg
aku cabar korg
sape2 yg baca blog nih

kalau korg masih bertangguh lagi
apa korg nak jawab
bile mereka yg korg abaikn
meletakkn kesalahn atas bahu korg?

"al-'ilmu bila 'amalin ka-ssyajari bila tsamarin"
"ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah"

Thursday, June 18, 2009

Sekadar Luahan Hati...

Salam. dah lama agaknya x menulis ni...
dah la sblum ni trkena gastrik,
tambah lak tension psl keja betangguh.

tp apapun,
kini hati dah tenang sbb dah kena basuh
ngan ustz Usman Affan.

thanks MPP, BERKAT ngan TM krn menjayakn MPI thn ni.

dlm bual2 ni,
terdetik idea nak berpuisi skit.
sekadar luahan hati...


AKU SEORANG PEKERJA
aku seorang pekerja
x kenal penat lelah
x kenal putus asa
yang ada
cuma ketakwaan padaMu

aku seorang hamba
dan Kau tuan ku
kepada Engkau aku
menyembah
kepada Engkau aku
memohon pertolongan

aku seorang pencinta
dan Kau kekasihku
ketika aku sedih
Kau menghiburkan ku
dengan kata2 Mu

"MAKA SESUNGGUHNYA BERSAMA KESUSAHAN ITU
ADANYA KESENANGAN.
SESUNGGUHNYA BERSAMA KESUSAHAN ITU
ADANYA KESENANGAN."

aku seorang pekerja
dan aku akan terus bekerja
kerana aku tahu
gajiku di akhirat
adalah janjiMu
yang benar.



sedap x?
sori ana x pandai berpuisi
sekadar luahan hati...

Tuesday, April 28, 2009

Still under construction!

alhamdulillah pujian kepada ilahi kerana kita masih dapat mengecapi hidup di dunia ini.
sememangnya hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran dalam hidup. namun kita haruslah sentiasa ingat bahawa Allah tak pernah mensia-siakan hambanya.
bercakap tentang hidup kita, ingin ana ceritakan apa yang ana telah lalui sepanjang minggu ini.
hidup ana sering disibukkan dengan apa-apa jua tugasan. terbaru ialah hari guru pada 29 april ni. memandangkan kelas ana merupakan antara kelas yang ditugaskan membantu mpp untuk menyiapkan dewan untuk majlis tersebut, minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk pernah ana rasa. kata-kata "sesunguhnya masa itu seperti pedang, jika kita tdak memotongnya, ia akan memotong kita" boleh dgunakan untuk menggambarkan apa yang ana lalui. ana menjadi agak 'emo' apabila berdepan dengan classmate ana sendiri. ana berasa bersalah kerana bersikap camtu ngan kawan ana.
pape pun, kita memang tak boleh menolak amanah yang kita pegang kerana kita telah dlantik oleh Allah sebagai khalifah di bumi. oleh itu, ana selalu berpegang dengan ayat 5-8 surah Al-Insyiraah:
"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"
ps: kadang-kadang lupa gak, tp nasb baik ada kawan yang tolong ingatkan.

Sunday, April 26, 2009

Under Construction!!!

Alhamdulillah: segala pujian hanya pada Allah. Syukur pada Allah kerana kita masih dapat melihat dunia ini yang kita tak tahu samada esok kita dapat melihatnya lagi atau tidak. Sesungguhnya nikmat Allah itu amat luas hingga tak tertulis walau ada dakwat sebanyak tujuh lautan pun. Sekali lagi syukur pada Allah kerana dapat juga ana menyiapkan blog ini (walaupun terpaksa menggunakan laptop kwn). Blog ini bukan hanya sebagai wadah peringatan tantang kebesaranNya, ini juga medan ana dan antum meluahkan isi hati yang mana tak terluah sewaktu kita bersama. Apapun, marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Sebagai permulaan kata dan perasmian bicara, hayatilah ayat 28 surah al-RA'D : ... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.