BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

Buktikan Cinta Kamu!!!

ini bukan post emo atau koyak, tapi suatu peringatan
bahawa kita telah ditegur kenapa kita mengatakan apa yang tidak kita buat. satu peringatan yang jelas dari sang pencipta kita. peringatan sempena seseorang yang kita kata kita sayang padanya.

kita sering mengatakan bahawa kita cinta padanya, rindu padanya, sayang padanya ( macam pernah dengar je kata-kata ni...), namun berapa ramai antara kita yang betul-betul mengamalkan ajarannya. jika kita boleh sahaja menurut apa-apa yang rakan kita suruh, masakan kita tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk kekasih kita?

persoalan cinta bukan mainan semata-mata, ianya satu perjanjian bahawa kita akan berkorban segala-galanya untuk orang yang kita cintai. cinta yang sejati hanya boleh dibuktikan melalui perbuatan kita tak kira samada yang dicintai itu sedang melihat atau tidak. kita sangat bersungguh-sungguh untuk menjadi baik di hadapan si dia namun kita melakukan yang sama sewaktu di belakangnya? jangan cinta kita itu seperti cinta monyet atau 'puppy love' kerana kita bukannya monyet atau anjing ( secara saintifiknya kita adalah Homo sapiens atau dalam bahasa yang mudah, manusia).

hubungan percintaan yang sejati tidak akan terputus dengan apa sahaja dugaan; tak kira betapa banyak kita dicaci, atau betapa teruk kita diseksa, rasa cinta akan melenyapkan kesakitan yang kita alami. cinta juga tidak akan dipisahkan walaupun dengan kematian sekalipun. cinta tak pernah mengira usia. itulah makna cinta yang sejati.

untuk menzahirkan kecintaan kita, mestilah dengan amalan. jika kita mencintai si dia, kita akan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehnya. namun, adakah kita benar-benar berbuat seperti yang telah dinyatakan? dalam dunia hari ini, sangat sukar untuk melihat orang yang benar-benar mencintai si dia dengan sepenuhnya. rupa-rupanya, mereka lebih suka pada orang lain berbanding si dia. maha suci Allah, janganlah kita menjadi seperti mereka yang lari dari cinta sejati.

akhir sekali, fikir-fikirkanlah adakah kita sudah membuktikan cinta kita atau belum? janganlah kita bertangguh dalam berbuat sesuatu untuk cinta kita. sedang dia juga sudah melafazkan kecintaannya pada kita, sampai bila lagi dia harus menunggu untuk kita melakukan yang sama?








nota untuk blog yang dilupakan: maaf, saya telah melupakan anda sejak dua bulan yang lalu. saya telah disibukkan dengan kelalaian dunia sehingga saya tidak sedar adanya perkara yang lebih penting. tolong maafkan saya... :'(