BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

alahai si budak pandai!

Situasi 1 (iklan radio)

Ayah: Man, besar nanti Man nak jadi apa?

Man: nak isap rokok, macam ayah.

Si bapa terkejut beruk*

*beruk tu aku tambah sendiri

...

Situasi 2 (rekaan semata-mata)

Budak baru belajar: bang, pergaulan bebas tu haram kan?

Abang dia: ya, sebab kena kahwin baru boleh bersama

Budak baru belajar: habis, kenapa abang selalu berkepit dengan makwe/tunang abang? Bukan ke abang tak kahwin lagi?

Si abang pun tunduk malu*

*penyelesaian kedua: si abang pun terus kahwin(?)

...

Jika seorang budak mampu menilai mana yg baik dan mana yg buruk, kenapa tidak kita?

Jika kita sedar sesuatu itu buruk untuk kita, kenapa masih kita tidak menjauhinya. Kalau tak untuk kita , fikir-fikkirkanlah demi orang lain; anak-anak kita atau adik-adik kita.

Sekian.

Monday, March 22, 2010

‘Ibrah Satu Perjalanan

Dalam dunia dakwah, kita tidak pernah ada walau sehari cuti daripada dakwah. Setiap hari perlu ada walau sedikit usaha kita dalam menyebarkan islam. Aku melihat cuti kali ini sebagai satu pejalanan yang bermakna dalam mencari erti hidup ini.

Pilihan dan pengorbanan

Kita, manusia merupakan makhluk Allah yang istimewa; kita diberi pilihan dalam menentukan apa yang kita lakukan. Tak seperti haiwan, batu atau pokok, kita boleh memilih untuk mengikuti jalan ke kiri atau jalan ke kanan. Sudah tentu setiap jalan ada halangan dan lencongan yang berbeza, namun kedua-duanya pasti akan berakhir di tempat yang sama. Kita mungkin lahir dan menjalani hidup yang berbeza; ada yang Berjaya dalam pelajaran, ada yang gagal, ada yang kaya dan ada yang miskin, namun setiap dari kita pasti akan mati. Namun akhirnya, segala perbuatan kita akan dibalas dengan seadilnya oleh Sang Pencipta.

Aku sering kali mengatakan, “cinta itu pengorbanan”. Bukanlah cinta jika si dia cuma melafazkan kata-kata indah tanpa berbuat apa-apa. Jika kita mencintai seseorang, kita pasti akan melakukan apa sahaja yang disuruh olehnya, walaupun berat. Sama juga apabila kita mencintai Allah, kita akan sanggup berkorban harta dan jiwa demi jalan ini. Shuhaib ar-rumi, apabila dia ditahan kerana hendak berhijrah, disuruh memilih antara hartanya dengan agamanya. Tak disangka oleh musyrikin Mekah, dia bersetuju untuk memberitahu tempat dia menyimpan hartanya asalkan dia dapat ikut berhijrah ke Madinah. Sangggupkah kita untuk menyerahkan harta benda kita sebagai gadaian untuk akhirat. Alangkah beruntungnya siapa yang meninggalkan harta yang sedikit di dunia untuk mencapai keuntungan di sana nanti.

“Berdakwahlah dalam bahasa orang yang hendak kamu dakwah”

Bukan semua orang sama. Tak semestinya kita dapat memahamkan semua orang hanya dengan membaca ayat-ayat al-quran dan menyuruh mereka meninggalkan jahiliyah dan mengikut haq. Adalah penting bagi seseorang yang ingin menyampaikan untuk mengenali siapa pendengarnya. Di situlah datangnya ta’aruf. Kita tidak boleh hanya kenal mereka pada nama, umur atau pusat pengajian sahaja. jika boleh, selidiklah latar belakang mereka sebelum mula berdakwah. Antara kesilapan dalam berdakwah ialah menyampaikan sesuatu yang terlalu berat atau terlalu ringan. Sebelum mengajarkan orang lain, seharusnya kita belajar untuk memahami dan memahamkan mereka.

“mulakan”

Mulakan dengan diri sendiri: Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah diri mereka sendiri. Jika kita tidak mengambil langkah pertama, selamanya kita tidak akan sampai. Islam tak pernah memerlukan kita, kita yang memerlukan islam.

Mulakan dengan yang mudah: “sebaik-baik amalan ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan”. Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya. Setiap perintah dan larangan adalah praktikal. Apa yang penting adalah istiqamah. Jika kita betul-betul mahu berdakwah, jangan hanya hangat-hangat tahi ayam; pada awalnya seakan-akan bagai mahu menggoncang dunia tetapi tak sampai sehari semangat sudah malap.

Mulakan sekarang: kita Cuma ada tiga nafas; nafas yang telah kita lepaskan, nafas yang kita ada sekarang dan nafas yang belum kita hembuskan. Sebaik-baiknya janganlah kita menunggu lagi kerana kita tidak akan tahu adakah kita masih ada peluang untuk hidup esok.

Ingat 2 lupa 2

Ingat kesalahan kita kepada orang lain; cepat-cepat memohon maaf jika ada perselisihan antara anda dengan orang lain. Jangan sampai segala pahala amalan anda dicuri di akhirat.

Lupa kesalahan orang lain kepada kita; jangan disimpan dendam di hati. Orang lain yang melakukan, kita pula yang merana tak pasal-pasal.

Ingat kebaikan orang lain kepada kita; satu hari nanti, jangan pula kita buat-buat terlupa dan sengaja tak nak tolong dia. Kita hidup di dunia tidak lari dari bergantung kepada orang lain. Ingatlah jasa mereka supaya kita tidak berbangga dengan diri sendiri.

Lupa kebaikan kita kepada orang lain; dah buat baik tu, jangan nak harapkan balasan pulak. Ingatlah segala apa amalan kita niat kerana Allah. Jangan mencari ganjaran di dunia, nanti dunia akhirat terlepas. Jika kita mencari akhirat, dunia sendiri akan datang pada kita.

Rahsia kebahagiaan: ingat 2 lupa 2

ps: trase cam terciplak post org lain jer...