BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 8, 2010

Al-Quran; apa yang kau faham?

teringat tazkirah Amin (bukan nama sebenar) maghrib tadi, membuatkan aku terfikir, adakah al-Quran itu hanya sekadar bacaan atau lebih dari itu? satu persoalan yang timbul dalam benak hati aku; kenapa membaca al-Quran? membaca al-Quran adalah ibadah, itu jawapan yang biasa didengari. tetapi, jika al-Quran hanya dibaca untuk menambah pahala, bukankah lebih baik baca buku-buku ilmu - pahala dapat, pengetahuan pun dapat - dari al-Quran. tak setuju? baca sampai habis dulu.

1. al-Quran sebagai panduan
ketika Allah mencipta manusia, Dia turut memberi satu panduan untuk ciptaanNya. sama seperti sebuah robot, jika tidak diberitahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh, sudah pasti si robot itu tidak ada tujuan hidup. sama juga bagi seorang manusia. tujuan hidupnya adalah sebagai hamba dan khalifah. jika tiada petunjuk, mana mungkin manusia dapat melakukan apa yang disuruh oleh penciptanya. persoalannya, adakah kita betul-betul menjadikan al-Quran sebagai panduan kita?


2. al-Quran sebagai kitab ilmu
dalam al-Quran ada dikhabarkan mengenai kitaran air, peredaran bulan dan matahari, tentang penciptaan manusia. hanya orang yang berfikir yang dapat mengambil pengajaran darinya. banyak hasil kajian saintis bukan islam adalah berdasarkan al-Quran. jika sains itu dari Allah, bagaimana mungkin al-Quran itu bercanggah dengan sains? juga setelah diterangkan tentang sains, diterangkan pula tentang akhirat. tak percaya? buka al-Quran, lihat surat an-Naba', surah Yasin, dan banyak lagi ayat dalam al-Quran. kenapa? kerana jika Allah mampu mencipta dunia, kenapa tidak akhirat? jika Allah mampu mencipta manusia, kenapa Dia tidak mampu membangkitkan ciptaanNya setelah mereka mati?


3. al-Quran sebagai penenang hati
ketika nabi kesedihan, ketika nabi ditimpa kesusahan, Allah menurunkan ayat-ayat yang menggembirakan kekasihnya. Allah menggembirakan hambaNya yang bersabar dengan syurga. banyak ayat al-Quran menceritakan balasan baik untuk orang-orang yang baramal soleh. al-Quran merupakan penghubung antara orang beriman dengan penciptanya dan pencintanya. ketika dalam kesedihan, bacalah al-Quran. tiada siapa yang boleh memberi ketenangan melainkan Allah.


4. al-Quran sebagai pusaka
1400 tahun. satu jangkamasa yang lama. jika tiada sesuatu untuk menjadi tempat bergantung, sudah pasti islam boleh hilang. al-Quran merupakan punca kegemilangan islam. jatuhnya islam kerana islam hilang dari diri penganutnya.

...
seorang guru menebarkan sebentang tikar (yang lebar) dan meletakkan al-Quran di tengah-tengah tikar tersebut. kemudian, dia meminta murid-muridnya mengambil al-Quran tanpa memijak tikar itu. semua muridnya tidak mampu memikirkan cara-cara untuk mengambil al-Quran itu. kemudian, guru itu menggulung tikar itu sehingga dia boleh mencapai al-Quran itu.


al-Quran bukan hanya sekadar bacaan semata-mata. namun, ianya adalah kalam Allah untuk hambanya. jika kita tidak cuba menghayati apa yang terkandung dalam kitab ini, mana mungkin kita dapat mengetahui apa yang cuba disampaikan oleh Allah. jika al-Quran hanya dianggap sebagai bacaan, ianya tak ubah seperti buku-buku lain di pasaran.

0 comments: