BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 13, 2010

Allah maha pengasih terhadap hambaNya. Dia tahu hambaNya lapar, diberi makanan. Dia tahu hambaNya dahaga, diberi air membasahkan tekak. Dia tahu hambaNya sejuk, tidak dapat melihat diciptakan matahari menerangi, memanaskan bumi. Dia tahu hambaNya kepanasan, diturunkan hujan. apabila hambaNya meminta, Dia beri. cinta Allah pada kita, adakah kita telah membalasnya?

apa alasan kita apabila si pencipta menyuruh kita melaksanakan perintahNya, namun kita memilih sengaja bermain-main? apabila membaca surah al-baqarah, aku terfikir, adakah kita sama sahaja dengan orang yahudi? maafkan aku jika perumpamaan aku terlalu kasar, tetapi fikirkanlah kenapa Allah menceritakan tentang orang yahudi sedang al-quran kitab orang islam.

bani israil telah diberi pelbagai kesenangan. apabila kaumnya diseksa oleh firaun, Allah menyelamatkan mereka dan menghukum firaun. apabila mereka lapar, Allah menurunkan mann dan salwa. apabila mereka dahaga, Allah menerbitkan dua belas mata air dari batu. namun, mereka masih tidak mahu beriman. sehingga Allah menghukum mereka di atas kekufuran mereka.

adakah mereka tidak mempercayai adanya tuhan? mereka percaya, malah mereka telah melihat banyak keajaiban dan pertolongan. lalu, kenapa mereka masih tidak mahu beriman? fikirkan pula tentang diri kita. kita telah diberi nikmat islam sedang orang-orang lain masih tercari-cari matlamat hidup mereka. kita hidup di bumi yang aman sedang yang lain sedang menderita kelaparan dan peperangan. lalu, apakah yang ingin kita sampaikan kepada pencipta kita apabila kita berjumpaNya kelak?

...
satu persoalan yang aku ingin kita semua jawab: kita dimuliakan dengan islam. lalu, kenapa kita hendak mencari yang lain?

0 comments: