BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 26, 2010

mencari 'chemistry' dalam mahabbatullah

siapa sangka dalam hidup kena ada kimia. jangan ingat kimia hanya untuk ib atau spm je. sudah pasti kimia yang aku katakan ini bukannya tentang rate of reaction atau organic chemistry, tetapi satu faktor dalam mewarnakan hubungan dengan yang lain.

chemistry dalam cinta

chemistry dan cinta? memang tak boleh dipisahkan. kita kata bila bercinta itu seronok. sebab ada chemistry antara si dia dan kita. bila sudah berpisah, kita kata kita dan dia sudah tak sehaluan, putus segala-galanya. kerana itulah apabila ingin mencari pasangan hidup, sekufu itu penting.

chemistry dalam cintakan Allah


tak kenal maka tak cinta. chemistry #1: ma'rifatullah.

kita katakan kita mencintai Dia. namun, ada di antara kita yang tak kenal siapa dia. mudah sahaja bagi kita untuk mengatakan bahawa Dia pencipta, penguasa dan pentadbir, namun adakah kita cuma mengenaliNya setakat itu sahaja?

Allah bukan sahaja rabb, Dia juga ilah, yang disembah, tempat memohon segala sesuatu. Dia juga Align Centeradalah kekasih bagi orang yang mencintaiNya. sekiranya Dia tiada, tiadalah kita. itulah kefahaman yang kita perlu pupuk dalam hati. barulah kita boleh katakan bahawa kita kenal siapa Dia.


kalau lautan api pun sanggup aku renangi. chemistry #2: berserah bulat-bulat.

islam, dari segi bahasa ialah menyerah diri. ketika jibril bertanya kepada nabi tentang islam, jawab baginda, " islam itu mengucapkan 'la ilaha illallah', solat lima waktu, puasa ramadhan, zakat dan haji". kelima-lima perkara itu mempunyai satu persamaan, penyerahan kepada Allah. ibadah bukanlah hanya perbuatan semata-mata. jika difikirkan, apa sebenarnya yang terkandung dalam ibadah, kita akan faham, apa yang kita lakukan bukanlah sia-sia.

ps: ibadah sendiri bermaksud menghambakan diri



"kau percayakan aku?" "mestilah". chemistry #3: faith

keimanan adalah sesuatu yang penting. jawapan rasulullah kepada jibril adalah," iman adalah percaya kepada Allah, malaikat, kitab, para nabi, akhirat dan qada dan qadar". semuanya ghaib (kecuali nabi, tapi kita tak melihat nabi jadi samalah). atas dasar apa kita mempercayainya?

bagaimanakah mempercayai sesuatu yang kita tak dapat lihat, sentuh atau rasa. samalah seperti bercinta. mempercayai si dia dalam apa jua keadaan. namun, Allah tak berlaku zalim. Dia tunjukkan ayat-ayatNya sebagai bukti. supaya kepercayaan kita tidaklah tiada asasnya. itulah chemistry terpenting dalam mancintaiNya.



"tiap-tiap hari terbayang wajahnya". chemistry #4: ihsan

ihsan = kamu beribadah padanya seperti kamu melihat Allah. dan jika kamu tak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu.

apa perasaan kita jika orang yang kita cinta sentiasa melihat kita, sentiasa memandang kita? bukankah itu satu kenikmatan bagi orang-orang yang sedang enak bercinta. ketahuilah, Allah sentiasa melihat kita, dalam apa jua yang kita lakukan. oleh itu, lakukanlah apa yang kekasih kita suka di depanNya. akan bertambah-tambah semerbak cinta antara kita dengan Dia.

dah abis dah

lain-lain chemistry? kamu fikirkanlah. namun, perlu diingat bahawa cinta yang tiada chemistry hanya akan merugikan masa kita, lebih-lebih lagi cinta yang tidak bermanfaat.
ps: teringat hadis jibril. tapi tak sempat nak quote.

0 comments: