BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

perang jahil dan ilmu

jahiliyah moden.
jahil bermaksud bodoh
bodoh kerana tidak berilmu
ilmu agama


di kala ilmu pengetahuan semakin berkembang zaman ini, kita ketinggalan satu ilmu yang penting. ilmu yang jika tiada, tak bergunalah hidup kita. kita sering mengejar ilmu dunia sehingga kita lupa pada ilmu akhirat. kita dilekakan dengan memperbanyakkan ilmu sampingan sehingga kita lupa pada ilmu pokok. sangat pelik jika sebatang pokok ada ranting tetapi tiada batang. hakikat yang perlu kita sedar, ilmu-ilmu sampingan hanyalah sekadar sokongan pada ilmu agama.


kala ini, ramai yang cuba mempersoalkan islam. ada yang mempersoalkan hukum, ada pula konsep dan ada pula ketuhanan. jika dilihat kembali, betapa cetek pengetahuan mereka tentang ilmu agama. mereka berhujah berdasarkan hawa nafsu mereka, malah langsung tidak menggunakan akal dalam berhujah. jika hujah akal ditolak, masakan mereka hendak menggunakan dalil naqli yang sememangnya mereka letak jauh-jauh.


hidup kita perlu berlandaskan ilmu. jika tidak takkan wahyu yang pertama menyuruh kita membaca. perintah membaca didahulukan berbanding perintah qiam dan dakwah. bukan bermaksud dakwah dan ibadah tidak sepenting menuntut ilmu, tetapi untuk berdakwah atau beribadah perlu ada ilmu. jika tiada ilmu tentang dakwah, bagaimana kita hendak menyuruh orang lain? jika tiada ilmu tentang ibadah, bagaimana pula solat, puasa atau zakat dilaksanakan. jika tiada ilmu, bagaimana pula makan minum kita?


tidak salah menuntut ilmu. tidak salah pula jika memiliki terlalu banyak ilmu. malah tak salah jika menuntut ilmu dunia. namun, setiap ilmu sampingan perlu ada tiangnya. belajarlah ilmu agama kerana tanpanya, kita akan sesat. dan jangan pula berhenti sekerat jalan bila belajar, kemudian mengatakan bahawa islam ada kekurangan. kerana apa yang kurang sebenarnya adalah diri kita yang malas untuk mencari sesuatu yang benar.


ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Monday, April 26, 2010

mencari 'chemistry' dalam mahabbatullah

siapa sangka dalam hidup kena ada kimia. jangan ingat kimia hanya untuk ib atau spm je. sudah pasti kimia yang aku katakan ini bukannya tentang rate of reaction atau organic chemistry, tetapi satu faktor dalam mewarnakan hubungan dengan yang lain.

chemistry dalam cinta

chemistry dan cinta? memang tak boleh dipisahkan. kita kata bila bercinta itu seronok. sebab ada chemistry antara si dia dan kita. bila sudah berpisah, kita kata kita dan dia sudah tak sehaluan, putus segala-galanya. kerana itulah apabila ingin mencari pasangan hidup, sekufu itu penting.

chemistry dalam cintakan Allah


tak kenal maka tak cinta. chemistry #1: ma'rifatullah.

kita katakan kita mencintai Dia. namun, ada di antara kita yang tak kenal siapa dia. mudah sahaja bagi kita untuk mengatakan bahawa Dia pencipta, penguasa dan pentadbir, namun adakah kita cuma mengenaliNya setakat itu sahaja?

Allah bukan sahaja rabb, Dia juga ilah, yang disembah, tempat memohon segala sesuatu. Dia juga Align Centeradalah kekasih bagi orang yang mencintaiNya. sekiranya Dia tiada, tiadalah kita. itulah kefahaman yang kita perlu pupuk dalam hati. barulah kita boleh katakan bahawa kita kenal siapa Dia.


kalau lautan api pun sanggup aku renangi. chemistry #2: berserah bulat-bulat.

islam, dari segi bahasa ialah menyerah diri. ketika jibril bertanya kepada nabi tentang islam, jawab baginda, " islam itu mengucapkan 'la ilaha illallah', solat lima waktu, puasa ramadhan, zakat dan haji". kelima-lima perkara itu mempunyai satu persamaan, penyerahan kepada Allah. ibadah bukanlah hanya perbuatan semata-mata. jika difikirkan, apa sebenarnya yang terkandung dalam ibadah, kita akan faham, apa yang kita lakukan bukanlah sia-sia.

ps: ibadah sendiri bermaksud menghambakan diri



"kau percayakan aku?" "mestilah". chemistry #3: faith

keimanan adalah sesuatu yang penting. jawapan rasulullah kepada jibril adalah," iman adalah percaya kepada Allah, malaikat, kitab, para nabi, akhirat dan qada dan qadar". semuanya ghaib (kecuali nabi, tapi kita tak melihat nabi jadi samalah). atas dasar apa kita mempercayainya?

bagaimanakah mempercayai sesuatu yang kita tak dapat lihat, sentuh atau rasa. samalah seperti bercinta. mempercayai si dia dalam apa jua keadaan. namun, Allah tak berlaku zalim. Dia tunjukkan ayat-ayatNya sebagai bukti. supaya kepercayaan kita tidaklah tiada asasnya. itulah chemistry terpenting dalam mancintaiNya.



"tiap-tiap hari terbayang wajahnya". chemistry #4: ihsan

ihsan = kamu beribadah padanya seperti kamu melihat Allah. dan jika kamu tak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu.

apa perasaan kita jika orang yang kita cinta sentiasa melihat kita, sentiasa memandang kita? bukankah itu satu kenikmatan bagi orang-orang yang sedang enak bercinta. ketahuilah, Allah sentiasa melihat kita, dalam apa jua yang kita lakukan. oleh itu, lakukanlah apa yang kekasih kita suka di depanNya. akan bertambah-tambah semerbak cinta antara kita dengan Dia.

dah abis dah

lain-lain chemistry? kamu fikirkanlah. namun, perlu diingat bahawa cinta yang tiada chemistry hanya akan merugikan masa kita, lebih-lebih lagi cinta yang tidak bermanfaat.
ps: teringat hadis jibril. tapi tak sempat nak quote.

Thursday, April 22, 2010

akal (3)

akal dan Allah : mementingkan yang penting

tak kira berapa hebatnya akal, ia tak mampu mentafsirkan semua perkara. akal tidak mampu menjelaskan mimpi. akal tidak mampu mentafsir nyawa dan roh. akal tidak mampu membayangkan isra' mi'raj!

jadi, atas dasar apa kita mengutamakan akal berbanding dalil naqli* dalam memutuskan sesuatu? adakah kerana pengaruh barat yang mengagungkan diri sendiri tanpa memikirkan dari mana dia datang? sedarlah, akal tidak berupaya untuk melakukan sesuatu tanpa izin Allah.
ingatlah, apabila kita hendak melakukan sesuatu, rujuklah al-quran atau sunnah. kemudian, sokonglah ia dengan akal. biarlah kita dikawal iman daripada dikawal oleh nafsu.

mencari kesimpulan

akal, nafsu, iman, hati. semuanya milik Allah. dipinjamkan kepada hambaNya. adakah wajar kita menggunakan sesuatu yang dipinjam dengan sewenang-wenangnya? fikirkanlah, Allah mampu menarik kembali apa yang ada pada kita. apa yang kita miliki kini bukanlah milik kita. kita semua diberi akal, hati, nafsu; apa yang berbeza adalah cara kita menggunakannya.


*naqli : al-quran @ hadis rasul

Friday, April 16, 2010

akal (2)

perang akal dan nafsu

manusia terdiri dari empat bahagian; akal, nafsu,
hati, iman. hati adalah penentu dalam setiap perbuatan kita.
nafsu, akal dan iman akan sentiasa berusaha untuk mengawal hati.
apabila hati dikuasai nafsu, seseorang akan terdorong
ke arah keburukan. sebaliknya, jika hati dipandu
oleh iman dan akal, baiklah seseorang itu. peperangan
antara bahagian-bahagian ini akan terus
berlaku selagi manusia masih hidup.

namun, manusia seringkali lupa bahawa
hawa nafsu akan sentiasa menarik hati
ke arah keburukan. hanya dengan iman dan akal,
barulah manusia dapat melawan godaan ini.
kerana itulah, bagi setiap apa yang kita ingin lakukan,
berfikir sejenak dengan akal fikiran
adakah itu pilihan yang betul.


pilihan dan jalan

Allah mengurniakan kita dua jalan; baik dan buruk.
Dia juga memberi kita pilihan untuk memilih jalan
mana yang ingin kita ikuti. dan bagi setiap jalan,
akan ada pengakhiran yang berlainan. sudah pasti
jalan yang menghala kepada keburukan akan sampai
kepada keburukan, dan sebaliknya. kerana itu akal
dicipta untuk membimbing manusia jalan mana yang
harus diikuti dan jalan mana yang harus dijauhi.

(bersambung lagi...)

Thursday, April 15, 2010

akal (1)

...
walaupun aku tidak suka untuk mengatakannya,
tetapi, apabila ingin membuat sesuatu keputusan ,
fikirkanlah secara logik akal.


akal
Allah telah mengurniakan kita dengan akal fikiran, sesuatu yang tiada pada haiwan, tumbuhan atau batu. akal adalah benda yang mengangkat darjat kita sebaik sebaik-baik ciptaan. fikirkan, jika kita tak menggunakan akal, sama sahaja jika kita tidak memilikinya. dan jika kita tidak menggunakan akal dengan sebaiknya, kita sama sahaja dengan makhluk-makhluk lain.


apa gunanya akal?
adakah akal sekadar untuk memikirkan baik atau buruk sesuatu perkara dan hanya untuk itu sahaja? ya, akal gunanya untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, namun bukan itu sahaja. Allah mengurniakan akal kepada kita supaya kita berfikir, apakah tujuan hidup kita.


berfikirlah
lihatlah alam dengan akal. mustahil sesuatu yang indah tiada penciptanya. adakah logik kita mengatakan bahawa alam terjadi dengan sendirinya? buktinya ada pada diri kita sendiri. bolehkah kita katakan diri kita terbentuk dengan sendirinya?
.... (bersambung)

Tuesday, April 13, 2010

Allah maha pengasih terhadap hambaNya. Dia tahu hambaNya lapar, diberi makanan. Dia tahu hambaNya dahaga, diberi air membasahkan tekak. Dia tahu hambaNya sejuk, tidak dapat melihat diciptakan matahari menerangi, memanaskan bumi. Dia tahu hambaNya kepanasan, diturunkan hujan. apabila hambaNya meminta, Dia beri. cinta Allah pada kita, adakah kita telah membalasnya?

apa alasan kita apabila si pencipta menyuruh kita melaksanakan perintahNya, namun kita memilih sengaja bermain-main? apabila membaca surah al-baqarah, aku terfikir, adakah kita sama sahaja dengan orang yahudi? maafkan aku jika perumpamaan aku terlalu kasar, tetapi fikirkanlah kenapa Allah menceritakan tentang orang yahudi sedang al-quran kitab orang islam.

bani israil telah diberi pelbagai kesenangan. apabila kaumnya diseksa oleh firaun, Allah menyelamatkan mereka dan menghukum firaun. apabila mereka lapar, Allah menurunkan mann dan salwa. apabila mereka dahaga, Allah menerbitkan dua belas mata air dari batu. namun, mereka masih tidak mahu beriman. sehingga Allah menghukum mereka di atas kekufuran mereka.

adakah mereka tidak mempercayai adanya tuhan? mereka percaya, malah mereka telah melihat banyak keajaiban dan pertolongan. lalu, kenapa mereka masih tidak mahu beriman? fikirkan pula tentang diri kita. kita telah diberi nikmat islam sedang orang-orang lain masih tercari-cari matlamat hidup mereka. kita hidup di bumi yang aman sedang yang lain sedang menderita kelaparan dan peperangan. lalu, apakah yang ingin kita sampaikan kepada pencipta kita apabila kita berjumpaNya kelak?

...
satu persoalan yang aku ingin kita semua jawab: kita dimuliakan dengan islam. lalu, kenapa kita hendak mencari yang lain?

Thursday, April 8, 2010

Al-Quran; apa yang kau faham?

teringat tazkirah Amin (bukan nama sebenar) maghrib tadi, membuatkan aku terfikir, adakah al-Quran itu hanya sekadar bacaan atau lebih dari itu? satu persoalan yang timbul dalam benak hati aku; kenapa membaca al-Quran? membaca al-Quran adalah ibadah, itu jawapan yang biasa didengari. tetapi, jika al-Quran hanya dibaca untuk menambah pahala, bukankah lebih baik baca buku-buku ilmu - pahala dapat, pengetahuan pun dapat - dari al-Quran. tak setuju? baca sampai habis dulu.

1. al-Quran sebagai panduan
ketika Allah mencipta manusia, Dia turut memberi satu panduan untuk ciptaanNya. sama seperti sebuah robot, jika tidak diberitahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh, sudah pasti si robot itu tidak ada tujuan hidup. sama juga bagi seorang manusia. tujuan hidupnya adalah sebagai hamba dan khalifah. jika tiada petunjuk, mana mungkin manusia dapat melakukan apa yang disuruh oleh penciptanya. persoalannya, adakah kita betul-betul menjadikan al-Quran sebagai panduan kita?


2. al-Quran sebagai kitab ilmu
dalam al-Quran ada dikhabarkan mengenai kitaran air, peredaran bulan dan matahari, tentang penciptaan manusia. hanya orang yang berfikir yang dapat mengambil pengajaran darinya. banyak hasil kajian saintis bukan islam adalah berdasarkan al-Quran. jika sains itu dari Allah, bagaimana mungkin al-Quran itu bercanggah dengan sains? juga setelah diterangkan tentang sains, diterangkan pula tentang akhirat. tak percaya? buka al-Quran, lihat surat an-Naba', surah Yasin, dan banyak lagi ayat dalam al-Quran. kenapa? kerana jika Allah mampu mencipta dunia, kenapa tidak akhirat? jika Allah mampu mencipta manusia, kenapa Dia tidak mampu membangkitkan ciptaanNya setelah mereka mati?


3. al-Quran sebagai penenang hati
ketika nabi kesedihan, ketika nabi ditimpa kesusahan, Allah menurunkan ayat-ayat yang menggembirakan kekasihnya. Allah menggembirakan hambaNya yang bersabar dengan syurga. banyak ayat al-Quran menceritakan balasan baik untuk orang-orang yang baramal soleh. al-Quran merupakan penghubung antara orang beriman dengan penciptanya dan pencintanya. ketika dalam kesedihan, bacalah al-Quran. tiada siapa yang boleh memberi ketenangan melainkan Allah.


4. al-Quran sebagai pusaka
1400 tahun. satu jangkamasa yang lama. jika tiada sesuatu untuk menjadi tempat bergantung, sudah pasti islam boleh hilang. al-Quran merupakan punca kegemilangan islam. jatuhnya islam kerana islam hilang dari diri penganutnya.

...
seorang guru menebarkan sebentang tikar (yang lebar) dan meletakkan al-Quran di tengah-tengah tikar tersebut. kemudian, dia meminta murid-muridnya mengambil al-Quran tanpa memijak tikar itu. semua muridnya tidak mampu memikirkan cara-cara untuk mengambil al-Quran itu. kemudian, guru itu menggulung tikar itu sehingga dia boleh mencapai al-Quran itu.


al-Quran bukan hanya sekadar bacaan semata-mata. namun, ianya adalah kalam Allah untuk hambanya. jika kita tidak cuba menghayati apa yang terkandung dalam kitab ini, mana mungkin kita dapat mengetahui apa yang cuba disampaikan oleh Allah. jika al-Quran hanya dianggap sebagai bacaan, ianya tak ubah seperti buku-buku lain di pasaran.