BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

perang jahil dan ilmu

jahiliyah moden.
jahil bermaksud bodoh
bodoh kerana tidak berilmu
ilmu agama


di kala ilmu pengetahuan semakin berkembang zaman ini, kita ketinggalan satu ilmu yang penting. ilmu yang jika tiada, tak bergunalah hidup kita. kita sering mengejar ilmu dunia sehingga kita lupa pada ilmu akhirat. kita dilekakan dengan memperbanyakkan ilmu sampingan sehingga kita lupa pada ilmu pokok. sangat pelik jika sebatang pokok ada ranting tetapi tiada batang. hakikat yang perlu kita sedar, ilmu-ilmu sampingan hanyalah sekadar sokongan pada ilmu agama.


kala ini, ramai yang cuba mempersoalkan islam. ada yang mempersoalkan hukum, ada pula konsep dan ada pula ketuhanan. jika dilihat kembali, betapa cetek pengetahuan mereka tentang ilmu agama. mereka berhujah berdasarkan hawa nafsu mereka, malah langsung tidak menggunakan akal dalam berhujah. jika hujah akal ditolak, masakan mereka hendak menggunakan dalil naqli yang sememangnya mereka letak jauh-jauh.


hidup kita perlu berlandaskan ilmu. jika tidak takkan wahyu yang pertama menyuruh kita membaca. perintah membaca didahulukan berbanding perintah qiam dan dakwah. bukan bermaksud dakwah dan ibadah tidak sepenting menuntut ilmu, tetapi untuk berdakwah atau beribadah perlu ada ilmu. jika tiada ilmu tentang dakwah, bagaimana kita hendak menyuruh orang lain? jika tiada ilmu tentang ibadah, bagaimana pula solat, puasa atau zakat dilaksanakan. jika tiada ilmu, bagaimana pula makan minum kita?


tidak salah menuntut ilmu. tidak salah pula jika memiliki terlalu banyak ilmu. malah tak salah jika menuntut ilmu dunia. namun, setiap ilmu sampingan perlu ada tiangnya. belajarlah ilmu agama kerana tanpanya, kita akan sesat. dan jangan pula berhenti sekerat jalan bila belajar, kemudian mengatakan bahawa islam ada kekurangan. kerana apa yang kurang sebenarnya adalah diri kita yang malas untuk mencari sesuatu yang benar.


ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

0 comments: