BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

Luahan Hati Seorang Naqib ( detik-detik sebelum memegang tanggungjawab)

tinggal kira-kira 6 jam lagi sebelum aku menjadi seorang naqib secara rasmi. memang tak pernah aku rasa berat seperti yang aku alami sekarang. entah apa yang akan jadi nanti. aku pun tak tahu.

memang menjadi seorang naqib satu amanah yang berat. aku dah lama tahu. tapi aku tak pernah tahu apa jalan yang akan aku tempuh - adakah dipenuhi ranjau, ditenggelami air atau jalan yang bengkok yang disangka lurus (hasil ilusi optik)- adakah aku akan berjaya, atau adakah aku akan gagal dalam hidup ini? aku takkan tahu.
aku cuma tahu bahawa:
1. janji Allah itu benar
2. kitab Allah itu benar
3. rasul Allah itu benar
4. syurga Allah itu benar
5. neraka Allah itu benar
6. akhirat itu benar

aku tahu aku sedang menjalankan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. aku juga tahu aku sedang cuba menjamin satu tempat untuk aku di syurga.
namun, aku tak tahu adakah aku akan mendapat apa yang aku hajati atau tidak.

ya Allah, Kau teguhkanlah hati aku, kerana aku tidak kuat tanpaMu.
ya Allah, Kau tetapkanlah aku di jalan ini, kerana aku tidak boleh melihat tanpa cahaya hidayahMu.
ya Allah, Kau ampunilah diri ini, kerana aku tidak layak ke syurga tanpa redhaMu.
ya Allah, peliharakanlah aku dari fitnah, selamatkanlah aku, ibu bapa aku, adik-adik aku, keluarga aku, sahabat-sahabat aku, ikhwan-ikhwan aku, guru-guru aku, dan orang-orang islam: muslimin muslimat, mukminin mukminat, mujahidin di Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi tempat yang aku tak ingat namanya, para-para da'i, ulul albab, ulama' dan ramai lagi, selamatkan kami dari azab api neraka dan kurniakanlah kami redhaMu dan syurgaMu.
Amin.

0 comments: