BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

Ideal tapi tak mustahil

Apabila berbicara tentang usrah,
pasti ada orang yang memperkaitkannya dengan Ustaziatul Alam.
sesuatu yang agak ideal untuk dicapai memandangkan keadaan umat islam masa kini.
adakah mampu kita menewaskan 'World Order' masa kini, Amerika dan Israel?
dengan bilangan umat islam yang menjalankan dakwah masa kini,
adakah kita mampu mencapainya?

namun, kita harus ingat bahawa Allah tak akan mengubah
sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah dirinya sendiri.
betapa ramai golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai.
dakwah rasulullah yang menekankan akidah dalam diri telah berjaya
meletakkan islam sebagai Ustaziatul Alam beberapa kurun dan abad selepas itu.

rahsianya hanyalah satu: usrah!

pada zaman tersebut, masih belum ada perkataan usrah.
namun, pendekatan yang diambil rasulullah sama
dengan pendekatan yang ada dalam usrah hari ini.

"history is repeated again and again"
sekiranya kita ingin mencapai World Order yang kita harapkan,
mungkin syllogism ini dapat merumuskannya:

premise 1: dari usrah rasulullah, tercapai ustaziatul alam
premise 2: kita mengikuti usrah
conclusion: kita bakal mencapai ustaziatul alam

memang ideal, tapi tak mustahil

ps: geogebra worlds!!!
IA math, InsyaAllah

1 comments:

Amin Rukaini Mustafa said...

Ayuh kita menjadu orang yg turut berjuang untuk kebangkitan Islam!! Jangan ketinggalan, masa masih ada!!