BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 28, 2009

Still under construction!

alhamdulillah pujian kepada ilahi kerana kita masih dapat mengecapi hidup di dunia ini.
sememangnya hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran dalam hidup. namun kita haruslah sentiasa ingat bahawa Allah tak pernah mensia-siakan hambanya.
bercakap tentang hidup kita, ingin ana ceritakan apa yang ana telah lalui sepanjang minggu ini.
hidup ana sering disibukkan dengan apa-apa jua tugasan. terbaru ialah hari guru pada 29 april ni. memandangkan kelas ana merupakan antara kelas yang ditugaskan membantu mpp untuk menyiapkan dewan untuk majlis tersebut, minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk pernah ana rasa. kata-kata "sesunguhnya masa itu seperti pedang, jika kita tdak memotongnya, ia akan memotong kita" boleh dgunakan untuk menggambarkan apa yang ana lalui. ana menjadi agak 'emo' apabila berdepan dengan classmate ana sendiri. ana berasa bersalah kerana bersikap camtu ngan kawan ana.
pape pun, kita memang tak boleh menolak amanah yang kita pegang kerana kita telah dlantik oleh Allah sebagai khalifah di bumi. oleh itu, ana selalu berpegang dengan ayat 5-8 surah Al-Insyiraah:
"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"
ps: kadang-kadang lupa gak, tp nasb baik ada kawan yang tolong ingatkan.

1 comments:

Syamil said...

haha..sabar2..
setiap kesusahan..x kan tahan lama..
and kalau diberi kesenangan..bersyukurlah!
(=